Connect with us

Terkini

Lelaki Ditangkap Curi 3 Tin Susu Formula Bayi RM294, Netizen Simpati Mahu Tolong Bayarkan

Dalam kegawatan ekonomi ketika negara berdepan pandemik Covid-19 telah mengakibatkan rakyat terdesak mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan dan menyara ahli keluarga sehingga ada yang mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu sehingga mengundang kesalahan jenayah sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Terkini menurut laporan daripada Harian Metro, seorang lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kerana mencuri tiga tin susu formula kanak-kanak bernilai RM294 di sebuah kedai di Miri Times Square di Miri, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Taman Desa Senadin selepas wakil peniaga membuat laporan polis.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2 petang (hari penahanan) dan kelakuan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek dilihat berjalan memasuki premis dan terus ke sudut yang menempatkan susu, sebelum meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dan beredar dengan kereta,” katanya.

Namun, tidak diketahui punca suspek berbuat demikian tetapi difahamkan lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki anak yang masih bayi. Hakemal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Meninjau ke ruangan komen Facebook di posting Harian Metro, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib suspek yang mungkin terpaksa mencuri akibat kesempitan wang ringgit.

 

Sumber: Harian Metro , FB Harian Metro, Foto Kredit: Suara Sarawak

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel