Connect with us

Terkini

Kemasukan Fizikal Ke IPT Secara Berperingkat Mulai 15 Okt

Published

on

Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Okt ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini.

Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Melalui proses kemasukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT, Noraini berkata selain pelajar, hanya staf yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 serta melepasi tempoh keberkesanan vaksin dibenarkan untuk berada di kampus.

“Keberadaan warga IPT yang telah lengkap divaksin akan membentuk komuniti sosial yang selamat serta mewujudkan persekitaran Fasa Empat PPN di dalam kampus.

“Jadinya, SOP ketat perlu diamalkan bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk,” katanya pada sidang media secara maya melalui Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.

Noraini berkata sebahagian besar daripada keseluruhan 1.2 juta pelajar IPT telah menjalani aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian melebihi tiga semester berturut-turut ekoran pandemik COVID-19 dengan aspek keselamatan dalam pengoperasian IPT amat dititikberatkan.

Beliau berkata keputusan kemasukan secara fizikal dibuat setelah mengambil kira input daripada sesi libat urus bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) serta pengurusan IPT merangkumi naib canselor, timbalan naib canselor, wakil persatuan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Majlis Perwakilan Pelajar serta kesatuan dan persatuan pelajar IPT.

Noraini dalam sidang media itu turut mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di universiti awam bagi semester satu sesi 2021/2022, yang bakal memanfaatkan 555,340 pelajar melibatkan RM175 juta.

Sumber: BERNAMA

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Kumpulfund - Kita Bantu Kita KumpulFund membantu anda untuk mengumpulkan dana secara telus dan mudah untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, pelajar, gelandangan, haiwan, dan sebagainya. Mulakan kempen anda sekarang! Qries
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending