Connect with us

Jenayah

Tak Puas Hati Caj Mahal, Lelaki Tetak Peniaga

Seorang lelaki ditetak oleh anak saudaranya sendiri dengan menggunakan pisau pemotong daging gara-gara tidak berpuas hati dengan caj terlalu mahal yang dikenakan di kedai membaiki motosikal miliknya dalam kejadian di Mersing.

Tindakan ganas itu menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan dalam kejadian kira-kira 6 petang pada Sabtu lalu.

Difahamkan, ia berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan ketika berurusan di kedai terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edrward Nuing, suspek berusia lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.

Advertisement

“Suspek adalah anak saudara mangsa dan dia melarikan diri sejurus kejadian. Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.

“Mangsa dirawat di Hospital Mersing dan kita menerima laporan kejadian pada jam 6.42 petang,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Bagaimanapun, Cyril berkata, berdasarkan maklumat yang diterima pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel