Connect with us

Hiburan

Di Label ‘Selfish’ , Cik B Tegas Rasa Trauma Dan Mahukan Ibunya Bahagia Selamanya

Sejak kebelakangan ini, ketegangan keluarga usahawan terkenal, Dato Seri Vida dan anaknya, Cik B hangat disebut apabila Cik B tidak merestui hubungan ibunya untuk berkahwin lain.

Menurut Cik B, hubungan dia dan Vida sudah pulih seperti sedia kala dan mula bercakap seperti biasa. Dia juga telah membincangkan hal perkahwinan ibunya bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

“Sekarang ini hubungan kami dah okey, dah tidur sekali. Mama pun sudah boleh bercakap dengan saya dan kami dah rapat semula. Saya ada sentuh topik kahwin dan berpesan padanya jangan berkahwin. Kemudian, mama balas insya-Allah.”

“Yang saya nampak mama ada fikir balik bila saya tak bagi kahwin. Dia pun ada baca statement yang saya keluarkan. Sama juga dengan komen-komen netizen, dia pun dia baca. Ada la juga terlintas di fikiran dia, ‘betul juga eh?’”

Advertisement

Cik B mengatakan bahawa dia dan Iqbal baik-baik sahaja cuma mereka tidaklah benar-benar akrab.

Cik B menegaskan kepada netizen yang melabelkannya ‘selfish’ hanya kerana tidak merestui hubungan ibunya dengan Iqbal. Gadis yang bernama  Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ini menegaskan yang dia mahu ibunya bahagia selama-lamanya bukan untuk sementara.

“Saya bukan selfish! Kalau saya beri pendapat, biarpun mama tak ikut (setuju) tapi selalunya dia buat ja. Saya hanya nak mama happy lama bukan sekejap saja.”

“Kacak suruh saya bagi mama kahwin tapi saya tetap tak nak bagi. Saya kenalah jaga mama. Saya ada mama ja.”

“Takkan mama nak bagi kasih sayang dia dekat orang yang baru datang dalam kehidupan dia?”

Advertisement

Walaupun dia tidak boleh melawan takdir, namun dia tetap berpegang dengan pendiriannya bahawa tiada lelaki  lain yang boleh menggantikan kasih sayang mereka tiga beranak.

“Saya memang tak nak langsung mama kahwin dengan sesiapa sebenarnya. Saya tak nak ada orang baru datang dalam hidup saya. Rasa macam uncomfortable untuk saya tinggal serumah, kahwin dengan mama pula tu.”

“Saya buat semua ini sebab tak nak mama sedih. Kita tak tahu dia punya niat. Memang betul niat nak kahwin tapi di sebalik itu kita tak tahu.”

“Tapi kalau mama dan dia (Iqbal) berkahwin juga saya tetap akan jaga mama.”

Dalam pada itu, ketika ditanyakan panggilan untuk bapa tirinya, Cik B menjawab “Saya akan panggil dia bro!”

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel