Connect with us

Global

Hairan Tergigit Benda Keras, Wanita Terkejut Temui Jari Pekerja Pusat Sembelih Dalam Daging Burger

Ibarat sebuah mimpi ngeri, seorang wanita terkejut apabila terjumpa jari manusia di dalam burger di sebuah restoran di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia.

Apabila dia mengeluarkan ‘objek’ tersebut dari mulutnya, dia terkejut melihatnya ia seakan jari manusia. Sejurus itu, dia bertindak dengan memuat naik satu video di media sosial dimana dia berhadapan dengan pekerja di restoran terbabit untuk mengetahui bagaimana insiden seperti itu boleh berlaku.

Namun begitu, pekerja berkenaan seperti tidak peduli tentang insiden tersebut dan mengatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi kepada mereka sebelum ini.

Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Jorge Silva, jari yang ditemukan itu adalah milik salah seorang pekerja di rumah penyembelihan. Pekerja terbabit dipercayai kehilangan dua jari dalam satu kemalangan ketika dia mengendalikan mesin pemotong daging pada Jumaat lalu.

Advertisement

Ujarnya lagi, pekerja yang tercedera itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan dan jari yang terputus berkenaan dipercayai dibuang selepas kejadian.

“Kami akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dan jika didapati bersalah boleh hukum penjara sehingga 1o tahun.”

Dinyatakan, perkara ini bukanlah pertama kali terjadi dan pada setakat ini hampir tiga kejadian lain yang berlaku membabitkan insiden yang sama.

Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia turut mengarahkan semua operasi di rumah sembelihan tersebut dihentikan sehingga mereka dapat membuktikan pekerja mereka terlatih untuk mengendalikan mesin.

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel