Connect with us

Jenayah

Lelaki ‘Tenang’ Hulur Kaki Membuatkan Perompak Yang Tengah Kelam-Kabut Larikan Diri Tersadung Atas Lantai Berjaya Ditahan

Seorang perompak yang cuba melarikan diri dari sebuah pusat membeli-belah di Nonthaburi, Thailand telah berjaya ditumpaskan dengan tindakan pantas seorang lelaki di situ.

Lelaki tersebut sedang duduk di sebuah kerusi ketika dia melihat seorang wanita bergegas keluar dari sebuah kedai emas berhampirannya di Nonthaburi pada 12 September yang lalu.

Melalui video yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) , dilihat perompak tersebut tersadung lalu terjatuh akibat terlanggar kaki lelaki berkenaan sebelum pengawal keselamatan berjaya menangkapnya.

Pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya menahan suspek yang disyaki melakukan rompakan bersenjata sebelum dia dibawa dalam tahanan.

Advertisement

Pihak polis memuji tindakan pantas lelaki itu kerana berjaya menumpaskan perompak tersebut sebelum perompak tersebut berjaya melarikan diri.

“Perompak itu adalah merupakan seorang wanita berusia 17 tahun yang menggunakan pisau dapur sebagai senjata untuk menakut-nakutkan kakitangan kedai emas. Dia mengembalikan semua barang yang dicuri setelah ditangkap.” -Leftenan Kolonel Nattapon MuanKasem.

“Orang awam yang membantu menangkap perompak itu sangat berani. Kami amat berterima kasih kepadanya.”

Video CCTV insiden itu memaparkan seorang perompak yang memakai baju berwarna hitam dan topeng putih sambil memegang sebuah beg besar.

Difahamkan, perompak tersebut telah masuk ke kaunter kedai emas itu sambil memegang pisau dan menyerahkan sekeping nota yang tertulis : ‘Letak duit dan emas di dalam beg. Jangan jerit. Nyawa anda milik anda. Tidak perlu membunuh’.

Advertisement

Polis menyatakan bahawa pembantu kedai itu telah memasukkan barang-barang emas bernilai 400,000 baht ke dalam beg dan kemudian diserahkan kepada perompak tersebut.

Lelaki berusia 59 tahun itu berkata bahawa dia sedang berada di medan selera ketika dia melihat perompak itu berlari. Kemudian dia dengan tenangnya menjatuhkan perompak tersebut bagi mengelakkan dia melepaskan diri.

“Satu pasangan yang keluar dari kedai emas menyangka bahawa kedai itu telah dirompak. Oleh itu, saya pergi dan duduk di suatu tempat berhampiran dengan tempat kejadian dan menghulurkan kaki saya tepat ketika saya melihat gadis yang memegang pisau itu sedang berlari.” katanya.

“Saya bercadang untuk menggunakan kerusi sebagai senjata pertahanan sekiranya pisau itu tidak terlepas dari genggamannya tapi nasib baik ianya terlepas. Saya takut dia mungkin tersandung dan jatuh ke atasnya.”

Pusat Juvana dan Keluarga dilaporkan telah membebaskan gadis yang berusia 17 tahun itu dengan jaminan setelah guru besar sekolahnya membayar bon berjumlah 15,000 baht.

Advertisement

Gadis itu dikatakan mempunyai masalah kewangan dan tekanan perbelanjaan yang mendorongnya melakukan rompakan tersebut.

Kesalahan merompak boleh dikenakan hukuman penjara di antara lima hingga 10 tahun.

 

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel