Connect with us

Viral

Melampau! Pekerja Kilang Warga Asing Pijak, Jilat Roti Keras Sebelum Dibungkus

Tindakan melampau beberapa orang pekerja warga asing memijak dan menjilat roti keras semasa kerja-kerja membungkus makanan itu di sebuah kilang tular di media sosial hari ini, lapor Kosmo!.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit yang dikongsi di Facebook MD Nazri Salleh, kelihatan beberapa orang pekerja kilang itu dirakam sedang membungkus makanan tersebut sebelum bertindak melakukan perbuatan menjijikkan itu sebaik sahaja sedar diri mereka dirakam.

Namun, lokasi sebenar kejadian itu berlaku tidak dinyatakan secara tepat.

Menjengah di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pekerja-pekerja kilang terbabit selain turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel