Connect with us

Terkini

Terima Berita Mak Ayah Terpaksa Ditidurkan, Abang Polis Menangis Ketika Jalankan Tugas

Angka kematian akibat covid-19 yang dilihat tidak menunjukkan penurunan secara drastik pastinya merisaukan masyarakat.

Lebih-lebih lagi kepada pesakit yang sedang dirawat di hospital dan dibantu oleh barisan ‘frontlinerdalam usaha menyelamatkan nyawa mereka.

Petugas-petugas seperti polis dan sebagainya juga turut memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan berlaku penularan dan sanggup berkorban masa dan tenaga.

Namun bagi petugas barisan hadapan, menerima khabar kurang enak berkaitan keluarga ketika sedang bertugas sememangnya satu perkara yang sangat membimbangkan.

Advertisement

Sudah tentu hari yang berlalu terasa lama dan sangat merisaukan kerana tidak dapat menatap terus sosok ahli keluarga yang tidak bersama kita.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mrbulatt87 apabila memuat naik momen sedih yang dihadapi seorang anggota polis apabila menerima panggilan memaklumkan ibu dan bapanya terpaksa ditidurkan kerana Covid-19.

Dapat dilihat anggota polis tersebut tidak dapat menahan tangis selepas dimaklumkan hal tersebut menerusi panggilan telefon.

Difahamkan, ibu bapa kepada anggota polis berkenaan juga merupakan anggota polis sebelum ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak melihat keadaan tersebut.

Advertisement

Mereka juga mengakui perkara sebegitu sememangnya sangat memeritkan lagi-lagi mendapat berita ketika sedang bekerja.

Semoga ibu dan bapanya diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Sumber: TikTok @mrbulatt87

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel