Connect with us

Viral

Wanita Koma Dua Bulan Masih Bernyawa, Dakwa Hampir Ditolak Masuk Bilik Mayat

Apabila menghampiri tarikh 16 Jun setiap tahun, seorang wanita terpaksa mengimbau kembali ‘sejarah hitam’ akibat dirempuh lori ais yang terjadi pada 13 tahun lalu dengan penuh rasa keinsafan.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok pipi_pau8, wanita tersebut berkata dia mengalami koma selama dua bulan namun mendakwa masih mampu mendengar dan merasai apa yang berlaku di sekelilingnya.

Detik tidak boleh dilupakan apabila dia mendakwa doktor mengesahkan dirinya sudah meninggal dunia, malah ibarat ‘mati hidup semula’ selepas mendakwa hampir ditolak oleh kakitangan hospital ke bilik mayat.

Tarikh yang menjadi sejarah…

“Macam-macam aku lalui masa koma tu. Ingat orang koma ni tak dengar kot apa orang cakap & tak rasa kot apa orang buat.

Advertisement

“Jantung aku kena tekap iron 3x panas tu tak tau nak cakap. Doktor sahkan aku dah mati, sebab semua dah tak berfungsi.
“Paling sakit hati staf semua tolak katil, bagitau keluarga tak dapat nak selamatkan. Hanya Allah tahu perasaan aku masa tu. Nak kena tolak masuk bilik mayat,” tulisnya dalam video tersebut.

Malah, masih terngiang-ngiang ayat ibunya yang reda atas ‘pemergian’ anak tersayang namun wanita berkenaan tetap berdoa diberi keajaiban daripada Allah SWT.

“Mama reda kakak tinggalkan mama. Masa tu aku tak mampu menangis, tak mampu nak kenyit bulu mata. Hanya mampu berdoa dalam hati, Ya Allah aku hidup lagi. Bagi la peluang untuk aku jumpa keluarga,” kongsinya.

Bukan cerita rekaan.. bekas tebuk semua ada lagi?

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak berkongsi cerita lanjut mengenai proses perubatan atau tindakan pihak hospital selepas mendakwa dirinya yang disangka tidak bernyawa kembali ‘hidup’ semula.

Takkan nak dedahkan macam2 foto demi puaskan hati semua?

Malah ketika artikel ini ditulis, video pertama itu dipercayai sudah ditukar ke mod privasi selepas menjawab beberapa persoalan dalam kalangan warganet mengenai pengalaman berkenaan.

Advertisement

Harap ini bukan cerita rekaan untuk meraih perhatian semata-mata! Bak kata warganet, pengguna TikTok ni bukan boleh percaya sangat. Tak semua, tapi segelintir.

Sumber: TikTok pipi_pau8

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel