Connect with us

Viral

Sebak! Lelaki Terduduk Menangis, Ziarah Kubur Ibu Dan Kakak Selepas Bebas Dari Penjara

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya perasaan seorang anak apabila mendapat berita bahawa ibu tercinta telah pergi untuk selamanya. Lebih menyayat hati apabila pemergian ibunya diketahui selepas dia keluar dari penjara.

Kisah sedih tersebut dikongsikan melalui beberapa video yang dimuat naik di akaun Tiktok, Hera Elestra. Berdasarkan video pendek tersebut, kelihatan seorang lelaki yang berada di kawasan tanah perkuburan untuk menziarahi arwah ibunya. Menurut Hera, adik lelakinya baru sahaja dibebaskan selepas enam bulan menjalani hukuman di penjara dan sepanjang tempoh di tahanan, adiknya langsung tidak mengetahui tentang pemergian ibunya yang tersayang.

“Selepas enam bulan di tahanan. Hari ini dia bebas terus bawa jumpa mak.”

Advertisement

 

Adik wanita tersebut terus terduduk selepas mengetahui bahawa kubur di depannya itu adalah milik ibu tersayangnya. Apa yangmembuat penonton sebak apabila melihat lelaki ini memeluk batu nisan tersebut sambil menangis merindui ibunya.

“Selepas jumpa mak, bawa dia jumpa kakak pula yang baru je pergi 10 hari, mak pula 100 hari.”

“Kita kena redha adik. Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak beritahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP, keadaan tidak mengizinkan.”

Advertisement

Meskipun begitu, mereka sekeluarga kini redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Di ruangan komen, kebanyakan netizen mendoakan agar keluarga ini diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuhi hari-hari yang mendatang.

 

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel