Connect with us

Jenayah

Wan Besi Dalang Aktiviti Penyeludupan Sajat Ke Thailand

Menurut laporan dari Skuad Khas Metro Harian, seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Besi yang kini mendapat gelaran ‘pengkhianat negara’ kerana dia merupakan dalang disebalik aktiviti penyeludupan usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dari Padang Besar, Perlis ke Bangkok, Thailand.

Bukan itu sahaja, turut dimaklumkan terdapat individu tertentu iaitu seorang lelaki berkaitan dengan Wan Besi membawa Sajat dari rumah banglonya di Petaling Jaya dengan menaiki kereta pada minggu pertama Mac lalu.

“Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.”

“Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok,” katanya.

Advertisement

Sumber memaklumkan, sebanyak RM20,000 dikenakan Wan Besi kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.

“Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya,” katanya yang mendedahkan maklumat terkini siasatan dilakukan pihak berkuasa bagaimana Nur Sajat boleh lolos dengan mudah ke negara gajah putih itu.

Menurutnya, pihaknya juga percaya ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Nur Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar, Perlis dan siasatan sedang dilakukan mengenainya.

Ulasan lanjut, sumber tersebut menyatakan bahawa Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan menyeludup di sempadan Malaysia-Thailand terutamanya di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyekudupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.

Baca : Jangan Hantar Pulang Sajat Ke Malaysia – NGO hak asasi

Advertisement

Baca: Guna Nama Glamor ‘Bella’ Di Thailand, Rundingan Bawa Balik Sajat Sukar, Naik Tocang Dibantu Negara Tertentu

Dimaklumkan, Wan Besi juga pernah ditahan sebanyak tiga kali oleh polis yang membabitkan penyeludupan ketum dan baru-baru ini kes tembakan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.

“Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.”

“Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia,” katanya.

Dikatakan, Sajat menggunakan nama ‘Bella’ semasa penyamarannya di Bangkok.

Advertisement

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya berkenaan sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel