Connect with us

Hiburan

“Menganjing (Mengajuk) Benda Paling Minimum Yang Saya Buat.”- Caprice

Seorang penyanyi terkenal, Caprice menjelaskan mengenai videonya di laman Instagram yang mengajuk aksi lucah yang dilakukan seorang lelaki mirip pendakwah terkenal.

Caprice ataupun nama sebenarnya Ariz Ramli menegaskan bahawa tindakannya itu tidak ‘lari jauh’ berbanding apa yang dilakukan oleh individu tersebut sehingga mencetus kontroversi dalam negara.

“Menganjing (mengajuk) benda paling minimum yang saya buat. Apa yang melampau apabila seorang ulama, seorang ustaz yang sepatutnya menyebarkan ajaran Islam telefon seorang gadis dan melayangkan aksi ciuman.”

“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’. Itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?,”soal Caprice.

Advertisement

Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, penyanyi berusia 33 tahun itu turut memberi contoh mengenai seorang ahli politik negara yang pernah dimasukkan ke dalam penjara meskipun bukti kurang jelas

“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara sebab dituduh main buntut. Video tak jelas, buntut pun tak nampak tapi boleh masuk penjara.

“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak burung (alat sulit) namun masih ada yang kata benda ini ‘deepfake’ (suntingan). Malaysia, sejak bila burung pun boleh ‘deepfake’,”

Malah, penyanyi lagu Koyak itu turut mengingatkan bahawa dunia kini di akhir zaman yang seolah-olah penuh dengan penipuan dan tipu daya.

“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.

Advertisement

“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis,”ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel