Connect with us

Kemalangan

Bayi 7 Bulan Maut, Ibu Tak Sengaja ‘Terberanak’ Dalam Mangkuk Tandas

Suasana menjadi cemas apabila seorang ibu hamil yang mahu membuang air besar tanpa sengaja ‘terlahirkan’ kandungannya yang berusia 7 bulan di dalam mangkuk tandas rumahnya di Sekinchan, petang semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

Difahamkan, lebih mengundang pilu apabila bayi tersebut dipercayai terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan meninggal dunia.

Menurut Norazam, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi berkenaan.

Advertisement

“Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ibu bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans,”katanya.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel