Connect with us

Terkini

Dr. Tahir Abdul Rahman Menghembuskan Nafas Terakhir Akibat Komplikasi Jantung

Dr. Tahir Abdul Rahman, ayah kepada seorang penyanyi terkenal iaitu Faizal Tahir dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Berita pemergian Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun itu dikongsi anak-anaknya di ruangan media sosial masing-masing.

Melalui perkongsian anaknya, Faizal Tahir di laman Instagram, dia hanya memuat naik foto kosong berwarna hitam dengan kapsyen ringkas bertuliskan “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun”.

Selain itu, Anas Tahir turut berkongsi catatan sebak di laman Instagramnya pagi tadi.

Advertisement

“Thank you Allah. Thank you for everything. Thank you abah. We love u so much. Innalilah wainna ilaihi roji’un,” katanya.

Sementara itu Fazli Tahir pula turut memuat naik kenyataan di Facebook bertulis “Bagi yang mengenali ayah kami Dr. Mohd Tahir bin Abdul Rahman, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 3.40am sebentar tadi,”.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel