Connect with us

Jenayah

Suami Ahli Politik Ditahan, Cederakan Anak Tiri Semasa Perbincangan Harta Pusaka?

Suami kepada seorang ahli politik ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan anak tirinya baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada 25 September lepas selepas cederakan anak tiri perempuannya yang berusia 44 tahun di bahagian kepala dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan.

Pada awalnya, mangsa bersama seorang ibu saudara dan sepupunya sedang membincangkan soal harta pusaka keluarganya kemudian suspek tiba-tiba masuk campur dan menuduh mangsa memfitnahnya.

“Pengadu (mangsa) memberitahu suspek jangan masuk campur kerana ini urusan keluarga mereka, namun suspek mula bercakap tidak berhenti, menyebabkan pengadu memberikan isyarat supaya dia diam.”

Advertisement

Disebabkan itu, berlaku tolak-menolak sebelum suspek memukul kepala mangsa dengan buku tebal. Kemudian, si mangsa cuba menepis dan menolak tangannya sebelum suspek menumbuk kepalanya.

Ibu kepada mangsa membawa suspek keluar dari rumah, tetapi mangsa sempat membaling selipar ke arah suspek. Suspek masih membalas dengan memukul kepala mangsa menggunakan sesuatu objek.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan suspek telah ditahan pada malam itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes ini masih diteruskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel