Connect with us

Jenayah

Polis Kepung Tokong Untuk Buat Tangkapan, Pihak Tokong Serah Diri, Mohon Maaf

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Hj. Jaafar hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan kes bersabit kejadian rusuhan bagi menghalang pembinaan jalan bersebelahan tokong yang tular beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, pihak polis telah mengepung kawasan tokong itu pada 30 September yang lalu untuk membuat tangkapan, namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada pihak polis.

Susulan itu, pihak polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat iaitu seramai 12 orang lelaki dan 6 wanita yang berusia lebih kurang 18 hingga 84 tahun.

Pihak polis juga telah membebaskan dua orang suspek dengan jaminan polis atas faktor usia. Manakala, permohonan reman ke atas 18 orang suspek lagi telah dibuat pada 30 September.

Advertisement

“Seramai 10 orang suspek direman selama satu hari pada 30 September bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, kertas siasatan yang lengkap telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada hari ini dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Pertambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 turut dicadangkan memandangkan kesemua suspek telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan iaitu berkumpul beramai-ramai di tempat awan,” katanya lagi.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Pihak polis juga menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.

Advertisement

Sumber: Polis KL

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel