Connect with us

Global

(Video) Pesawat Persendirian Bawa Penumpang Rempuh Bangunan, 8 Termasuk Juruterbang Terkorban

Sebuah pesawat peribadi dilapor telah terhempas di Milan, Itali hingga mengakibatkan tujuh penumpang dan seorang juruterbang terkorban.

Difahamkan, pesawat Pilatus PC-12 itu pada asalnya baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Linate untuk menuju ke Pulau Sardinia.

Bagaimanapun menurut BBC, pesawat berkenaan dilapor terhempas dan merempuh sebuah bangunan pejabat di bandar tersebut tidak lama kemudian.

Rai TV memaklumkan, kesemua mangsa terbabit dipercayai merupakan warga Perancis, selain juruterbangnya pula dipercayai rakyat Rom, namun status kerakyatan mereka belum disahkan lagi.

Advertisement

Sementara itu menurut laporan pihak bomba, nahas tersebut menyebabkan bangunan pejabat yang sedang dalam fasa pembinaan itu terbakar dan hangus dijilat api.

Kenderaan-kenderaan yang diparkir di kawasan berhampiran juga turut terbakar hingga menyebabkan asap hitamnya berkepul-kepul ke udara dan didakwa mampu dilihat sejauh beberapa kilometer.

Bagaimanapun tiada kes orang awam tercedera dilaporkan. Kes kini sedang dalam siasatan pihak agensi keselamatan penerbangan kebangsaan Itali.

Advertisement

Sumber: Sky News / BBC

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel