Connect with us

Hiburan

“Kejamnya Manusia! Bersumpah, Berjanji Tapi Masih Dengan Yang Lain” – Shuk Sahar kantoi lagi?

Tiada angin, tiada ribut isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera kembali mencuri perhatian ramai di media sosialnya dengan berkongsi luahan hatinya mengenai suaminya

Melalui beberapa hantaran status di Instagram Storynya, wanita tersebut seakan-akan sedang berkongsi luahan hatinya tentang hubungan bersama suami.

Menurut Sera, hubungan yang dimaksudkan itu seakan-seakan telur dihujung tanduk.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji, sedangkan ada bersama dengan wanita lain

“Tiada yang lebih zalim daripada ini, sakit sangat, selama ini aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan, sebab ini cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar untuk masa depan,” tulis Sera.

Advertisement

Menurut Sera, meskipun diberikan peluang kedua buat suaminya sebelum ini, namun dia masih belum lagi insaf dan kesal akan sikapnya.

Tambah Sera, anak-anaknya tetap menjadi penguat jiwanya biarpun berdepan dengan pelbagai cacian serta makian daripada orang ramai.

“Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni.”

Sera juga berkongsikan perbualannya bersama dengan Shuk menerusi aplikasi Whatapps, apabila suaminya merayu dan memohon kemaafan padanya serta berharap agar diberikan peluang sekali lagi untuk kekal bersama.

“Aku sayang kau Sera”

Advertisement

“Aku cinta kau, maafkan aku, aku ubah sayang”

Sekadar info, sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan ini sering menjadi buah mulut orang ramai apabila Shuk didakwa menjalinkan hubungan gelap dengan wanita lain, bagaimanapun ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaafkan perbuatan Shuk.

Semoga Sera diberikan kekuatan untuk harungi ujian ini.

Sumber: Instagram Rossa Sera

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel