Connect with us

Terkini

Khairy Lakukan Lawatan Mengejut Ke Hospital Tuanku Ja’afar

SEREMBAN, 9 Okt (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini membuat satu lagi lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini selepas berbuat demikian di Hospital Kajang, Selangor 18 Sept lepas.

Ahli Parlimen Rembau itu membuat lawatan berkenaan selepas beliau menghadiri satu majlis di Pusat Perubatan Mawar yang terletak berhampiran HTJ.

Difahamkan, Khairy meluangkan masa hampir satu jam di hospital berkenaan untuk bertemu dengan doktor, jururawat dan petugas kesihatan bagi mendapat gambaran sebenar keadaan di hospital terbabit tanpa iringan pihak atasan.

Tinjauan Bernama di laman Facebook mendapati gambar lawatan itu turut tular di laman sosial serta mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang memuji Khairy kerana sanggup turun padang melihat sendiri keadaan di hospital tanpa sebarang protokol.

Advertisement

Pengguna Facebook, Dhirul Qidhir berkata: “Terbaik YB (Yang Berhormat). No Protocol (tiada protokol), sangat sempoi. Barulah dikatakan berjiwa rakyat.

Stone Mason pula berkata: “Bijak.. sebab datang hari Sabtu secara mengejut, ditambah pihak pengurusan tidak bekerja pada Sabtu jadi tiada yang terlindung, tiada karpet merah dan semua realiti yang dihadapi rakyat.

Saipul Bahri pula berharap Khairy kerap melakukan lawatan seumpama itu di hospital dan pusat kesihatan lain di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel