Connect with us

Terkini

‘Saya Teramat Sayang Pada ustaz’ – Lelaki Berbangsa India Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Agama

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah kisah di Instagram mengenai seorang lelaki berbangsa India yang menyanjungi dirinya semasa hadir di sebuah ceramah agama.

“Malam-malam ni tengah saya beri ceramah pada anak muda tiba-tiba ada seorang Indian Non Muslim Steven Pablo. Dari jauh datang. Katanya, dia seronok jumpa. Katanya terima kasih kerana sayang walau berbeza bangsa dan agama. Terima kasih selama ini ebit lew. Saya teramat sayang pada ustaz.”
Menurut Ustaz Ebit Lew, Steven memohon dirinya untuk teruskan usaha yang dilakukan selama ini. Lebih teruja, Steven menyatakan hasrat untuk kekal setia dan memberi sokongan buat Ebit Lew meskipun pelbagai dugaan datang melanda.

“Teruskan usaha ini. Saya bersama ustaz. Saya sentiasa ada dengan ustaz. Semua kawan saya agama lain sayang ustaz. Ustaz guru kami dalam akhlak. Saya sayang ustaz.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Advertisement

“Saya orang biasa sahaja. Saya yang bertuah kerana dapat jumpa abang. Jika ada kebaikan semua doa ramai orang. Bukan saya. Ini semua kurnia Allah. Steven Pablo nak aturkan program untuk motor jipang semua sekali untuk bantu misi kebaikan ini. Semoga menjadi asbab kebaikan.”

Susulan daripada itu, Ebit Lew turut meluahkan rasa bertuah kerana bertemu dengan Steven di majlis ceramah tersebut. Ujar Ebit, setiap kebaikan yang dilakukan merupakan doa daripada semua orang. Jelasnya lagi, Steven akan bekerjasama dengan pihaknya untuk misi kebaikan selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Advertisement

Sumber: Ebit Lew 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel