Connect with us

Global

(Video) ‘Masa Pinjam Macam Kucing, Giliran Ditagih Pula Macam Harimau Kelaparan’ – Mak Cik Naik Hantu Diminta Bayar Hutang

Masa nak meminjam wang bukan main lagi manis mulut. Segala macam janji dikeluarkan konon hanya untuk seminggu dua. Namun, lama kelamaan berlarutan jadi sebulan, setahun dan sudahnya terus senyap tanpa berita. Kalau gula itu manis, manis lagi mulut orang yang mahu meminjam duit kita.

Namun apabila ditanya bila nak bayar, kita pula yang bakal dimaki. Pemberi hutang pula terpaksa meminta-minta, seolah-olah kita pula yang meminjam.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial TikTok, seorang lelaki yang bernama Noverius Hulu dilihat sedang menagih hutang daripada seorang mak cik.

Walau bagaimanapun, kedatangannya seperti sia-sia sahaja apabila wanita berkenaan enggan membayar wang dipinjam.

Advertisement

Lebih teruk lagi, lelaki itu pula yang telah dimarah dan juga ditengking sepuas-puas hati sedangkan hanya ingin menuntut haknya semula. Ketika kejadian itu mula dirakam, wanita tersebut memutar belit ayatnya selain mengatakan kini suaminya masih lagi dipenjara.

@noveriushuluminjamnya enak, bayarnya payah😠♬ suara asli – Noverius Hulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama geram melihat kelakuan mak cik berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang tidak ketinggalan menceritakan pengalaman masing-masing sewaktu menagih hutang. Secara keseluruhannya, rakaman tersebut telah meraih lebih 1 juta lebih tontonan.

Sumber: TikTok Noverius Hulu

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel