Individu yang tidak lengkap vaksin atau tidak mengambil langsung satu dos vaksin tidak boleh merentas negeri, kata Perdana Menteri dalam sidang media khas hari ini.
“Syarat utama kebenaran merentas negeri ini adalah mereka yang mempunyai dua dos vaksin. Mereka yang tidak mempunyai dua dos vaksin atau langsung tidak mengambil vaksin adalah tidak dibenarkan,” katanya.
Pihak polis boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana saja kita berada sama ada di RnR walaupun mungkin tiada lagi sekatan jalan raya untuk merentas negeri, katanya.
📍 Kebenaran rentas negeri bagi mereka yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja – PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/UIWKUb5t98
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 10, 2021
Sumber: Bernama TV