Connect with us

Terkini

Pengumuman Rentas Negeri, Negara Cetus Reaksi ‘Rai Kemenangan’ Menerusi Media Sosial

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Pengumuman kebenaran merentas negeri dan negara yang dinanti-nantikan rakyat mencetuskan pelbagai reaksi positif dengan perkongsian pengguna media sosial umpama ‘meraikan kemenangan’ hari ini.

Kebenaran merentas yang berkuat kuasa esok itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi akaun media sosial di Twitter dan Facebook turut mengucapkan tahniah kepada Keluarga Malaysia atas pencapaian itu.

Ketika siaran langsung pengumuman Perdana Menteri yang turut disiarkan menerusi media sosial Facebook, kebanyakan netizen berkongsi komen di halaman itu antaranya mengenai rancangan mereka untuk pulang ke kampung halaman dan bercuti di dalam dan luar negara.

Advertisement

Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada Mzaffar Nur dengan menyelitkan peringatan bagi perantau yang merancang untuk merentas negeri.

“Sudah lama kami perantau tunggu pengumuman ini untuk bertemu insan tercinta di kampung, insya-Allah kita praktiskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya semuanya selamat.

“Sebelum balik eloklah buat ujian kendiri dahulu menggunakan kit ujian kendiri sebagai sandaran,” katanya.

Fariswan M Ariffin dan Sofea Wong pula berkongsi pesanan agar semua individu mematuhi SOP sepanjang masa bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan orang ramai.

Selain itu, Fahmi Aizad turut berkongsikan keterujaan atas pengumuman itu dan menyifatkannya lebih menggembirakan daripada pengumuman sambutan Hari Raya.

Advertisement

Samuel Fong menerusi komennya pula mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama petugas barisan hadapan dan kerajaan atas jasa mereka selama negara berdepan pandemik COVID-19 serta berkata: “Akhirnya kita dapat melihat cahaya di hujung terowong”.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel