Connect with us

Viral

Viral Kisah Bos Cina Selalu Cover Waktu Solat, Gadis Tak Sangka Berjodoh Dengan Bos Sendiri

Terdahulu tular di aplikasi TikTok mengenai seorang gadis yang kerap memuat naik video bersama majikannya yang sering membantunya ketika ingin solat sewaktu sedang bekerja.

Majikan yang dipanggil Mr. Yee itu akan cover kerja gadis berkenaan yang dikenali sebagai Ezatiey buat seketika tiap kali masuk waktu untuk umat Islam menunaikan ibadah.

Tak hanya itu, bosnya juga dilihat sangat berminat dengan Islam dan telah banyak kali bertanya perihal solat dan agama Islam sehingga memilih untuk menjadi seorang Muslim dengan memakai nama Aariz Yee.

@ezatiiiieyApa yang jadi semua dengan izin Allah. Allhamdulillah 🤲🏻✨ #fypシ #fyp #fypdongggggggg #esekeli♬ Beauty And A Beat Perfect Slowed – Kyrize

@ezatiiiieyLepastu i cakap “boleh, tapi lebih baik baca full doa ya” ✨♬ original sound – Ezatiey Shah 🌼

Namun, siapa menduga yang rupanya mereka akhirnya berjodohan apabila pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun @ezatiiiiiey itu memuat naik video pertunangan dengan majikannya sendiri di aplikasi tersebut.

Advertisement
@ezatiiiieyBismillah 🥰 One Step Closer ❤️💍 Officially fiance to Mr Aariz Yee @aarizyee_ #fypシ #fyp #esekeli #engagement #boss♬ A Thousand Years (feat. Steve Kazee) [Pt. 2] [The Twilight Saga: Breaking Dawn Soundtrack] – Christina Perri

Lebih manis lagi, hubungan mereka direstui kedua-dua belah pihak apabila ibu bapa Aariz Yee sendiri yang menyarungkan cincin ke jari anak dan bakal menantunya.

Walaupun berbeza bangsa dan agama, ia langsung tidak menghalang mereka untuk meraikan hari istimewa pasangan tersebut.

@ezatiiiieyA day to remember ❤️💍♬ Terlukis Indah – Rizky Febian & Ziva Magnolya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan TikTok @ezatiiiey telah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut tumpang gembira diatas pertunangan pasangan berkenaan.

Mereka juga mendoakan agar pengguna TikTok itu dan bakal suaminya akan terus bahagia hingga keakhir hayat serta segala urusan menjelang hari bahagia nanti dipermudahkan.

 

Advertisement

Sumber: TikTok @ezatiiiiey

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel