Connect with us

Viral

(Video) Kanak-Kanak Ini Suka Tunggu Pekerja Lori Sampah Depan Rumah, Ramai Puji Cara Bapa Ini Didik Anak

Anak-anak belajar melalui pemerhatian, sikap, emosi dan apa yang diajar oleh ayah dan ibu mereka. Kalau anda mahukan anak-anak rajin membantu, bertimbang rasa dan ringan tulang, eloklah didik dan pupuk mereka melakukan hal tersebut sejak kecil lagi.

Mungkin semasa mereka masih kecil tidak nampak lagi impaknya tetapi percayalah selepas 20 tahun, anda akan bersyukur kerana anak-anak telah dididik dengan sifat-sifat sedemikian.

Seperti itu jugalah dengan sebuah perkongsian video di TikTok, memperlihatkan seorang lelaki yang sempat merakam gelagat dua anak perempuannya yang sedang menunggu sesuatu di hadapan pagar rumah. Rupa-rupanya, mereka sedang menantikan kehadiran pekerja pembersihan yang sedang menjalankan tugas di kawasan tersebut.

Setibanya lori sampah berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat terus sahaja menghulurkan minuman ringan kepada petugas itu dengan cukup teruja. Manakala pekerja berkenaan pula cepat-cepat mengambilnya selepas membuka sarung tangan yang dipakai dan berterima kasih kepada keluarga itu.

Advertisement
@kapalperang8Tanpa dia kita tak akan dpt duduk selesa.😊 #fypシ #tiktokmalaysia #viral2021 #foryou #fouryoupage #kerjayangmulia♬ original sound – virgo___

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terharu dengan layanan yang dberikan tersebut. Selain kagum dengan cara didikan si ayah, ramai juga mahu menjadikan rakaman berkenaan sebagai satu inspirasi. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan.

Kalau anda belum mulakannya, masih belum terlambat untuk lakukan sekarang.

Sumber: TikTok Kapal 

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel