Connect with us

Viral

“Video Paling Sedih Bila Dapat Rentas Negeri..” – Pelukan Abang Adik, Warga Emas Sebak Dapat Lepas Rindu

Kelmarin Perdana Menteri mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober 2021.

Oleh itu ramai rakyat Malaysia yang teruja dan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga setelah lama terpisah.

Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk menziarahi saudara-mara di kediaman mereka bagi melepaskan rindu yang teramat sangat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebak Pertemuan abang adik

Namun sebuah video yang tular dilaman TikTok memaparkan saat-saat pertemuan bapa dan pakciknya yang sudah lama tidak berjumpa.

Advertisement

Perkongsian oleh @tinaozair begitu menyentuh hati pengguna laman sosial tersebut.

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan, @tinaozair memaklumkan yang mereka berdua terpisah kerana seorang berada di Raub dan seorang lagi di Alor Setar.

Anak cucu turut menangis sama

Pertemuan tersebut juga turut membuatkan ahli keluarga yang lain sebak susulan mereka berdua berpelukan dan saling menitiskan air mata kerana begitu merindui antara satu sama lain.

Anak cucu yang melihat situasi itu juga tidak dapat mengawal perasaan kerana situasi sebak itu begitu menyentuh hati.

Ni video paling sedih hari ini

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut meninggalkan komen mengakui bahawa berasa sedih kerana momen sebegitu memang banyak terjadi sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Advertisement

Ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan bertemu orang tersayang untuk melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

Sumber: TikTok @tinaozair

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel