Connect with us

Terkini

Tak Peduli Kontroversi, Ebit Lew Hulur Pula Bantuan Untuk Lelaki Tinggal 2 Tahun Di Bawah Jambatan

Umum mengetahui, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebelum ini pernah didakwa atas gangguan seksual dan polis sedang giat melakukan siasatan sehingga ke hari ini.

Walaupun terhimpit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah berusia 36 tahun itu masih tetap meneruskan misi membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Selain itu, Ebit Lew juga dilihat sudah kembali aktif dalam media sosial miliknya dengan memuat naik video dan gambar berkenaan kerja amalnya.

Terbaharu, Ustaz Ebit Lew telah memberikan bantuan kepada seorang individu yang tinggal di bawah jambatan hampir 2 tahun dengan menyediakan rumah sewa baharu kepadanya.

Advertisement

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, pendakwah tersebut menyatakan lelaki yang masih bujang itu sebelum ini pernah bekerja sebagai penjual air milo dan tidak mampu membayar rumah sewa.

Selain itu, Ebit Lew juga menzahirkan rasa terkejut melihat individu tersebut yang tinggal di kawasan tersebut selain turut berasa sebak mendengarkan kisah hidupnya.

“Pakcik ni dah lebih dua tahun duduk sini (bawah jambatan), dulu kerja jual air milo, tak mampu bayar sewa. Selalu ada polis bagi baju, kasut dan makanan.”

“Terkejut abang ni duduk sini, menangis tadi cerita cakap seorang diri, tiada sesiapa dalam hidup. Rindu pada arwah maknya, tidak kahwin, dia nak cari kerja dan rumah.”

Menerusi hantaran itu, Ebit menyatakan bahawa pihaknya akan mencari rumah sewa untuk lelaki itu dan membiyai sepenuhnya sewa rumah berkenaan.

Advertisement

Tambahnya, pendakwah tersebut turut menyeru orang ramai supaya mendoakan lelaki tersebut mampu mendapatkan pekerjaan dan dipermudahkan dalam kehidupan.

“InsyaAllah dah sewa rumah untuknya. Kami akan bayarkan sewa rumahnya.”

“Doakan dapat cari kerja yang sesuai, semoga Allah bantu dan mudahkan. Di saat kita rasa diuji, ada orang lagi berat ujian hidupnya.”

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dipermudahkan selain beharap agar lelaki berkenaan segera mendapatkan pekerjaan baharu.

Setakat ini, perkongsian video itu telah mencapai lebih daripada 900,000 jumlah tontonan serta mendapat 968,017 tanda suka.

Sumber: Instagram Ebit Lew I Kosmo!

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel