Connect with us

Hiburan

Iqbal Dedah DSV ‘Ceroboh’ Rumah Jam 3 Pagi, Siap Bagi Cincin

Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu lelaki yang dikaitkan bercinta dengan Datuk Seri Vida (DSV) mendakwa dirinya ‘diterjah’ jutawan kosmetik berkenaan di rumahnya sekitar jam 3 pagi tadi.

Menerusi siri perkongsian di InstaStory, Iqbal tidak menyangka langsung DSV akan datang membawa sebentuk cincin apatah lagi dia tidak pernah mendedahkan mengenai alamat rumahnya sebelum ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, dia seolah-olah ‘terpaksa’ melayan kedatangan ibu kepada dua cahaya mata itu walaupun mengalami emosi kurang stabil selain memaklumkan akan memulangkan cincin tersebut.

DSV tinggalkan sebentuk cincin, saya tak akan sesekali pakai..

“3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang. Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib baik gelap,” kata Iqbal dalam sepotong video yang dimuat naik di media sosialnya. Dalam video berkenaan, Vida memegang sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.

Advertisement

Kata Vida; “Nak cakap apa, I nak datang meminang?” Selain Vida, sesi pertemuan itu turut ditemani anak terunanya, Kacak yang muncul bersama kereta pemandu peribadi mereka. Tegas Iqbal, dia tidak berupaya memberikan layanan baik kepada tetamunya yang muncul secara mengejut dan akan memulangkan semula cincin yang telah dihadiahkan kepadanya itu.

“Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa. Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini,” tulis Iqbal.

Menerusi muat naik video di InstaStory itu, dapat dilihat DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman sedang duduk bercerita mengenai cincin yang dibawa sambil ditemani anak lelakinya Kacak.

Sementara itu, Iqbal juga menghubungi pengawal keselamatan yang menjaga pagar kediaman dengan memberi ‘amaran’ supaya jangan sewenang wenang membenarkan ‘orang luar’ menjejaki rumahnya.

“Macam mana boleh mudah lepas?”

Terdahulu, pasangan itu merancang bagi mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi telah berdepan pelbagai konflik sehingga belum dapat dipastikan lagi mengenai status perhubungan mereka pada ketika ini.

Advertisement

Sumber: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel