Connect with us

Global

Kemaruk Nak Berbini Lagi, Lelaki Tergamak Sewa Ular Patuk Bini Hingga Mati

NEW DELHI – Seorang suami didapati bersalah kerana menyewa seekor ular tedung untuk mematuk isterinya sehingga mati supaya pembunuhan mangsa kelihatan seperti satu kemalangan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Suspek yang dikenali sebagai P.Sooraj dikatakan membunuh isterinya untuk membolehkannya berkahwin lain.

Dalam kejadian pada Mei tahun lalu lelaki berusia 32 tahun dari daerah Kollam di negeri Kerala itu telah mengatur kematian isterinya dengan menggunakan seekor ular berbisa.

Pendakwa raya berjaya membuktikan bahawa lelaki itu pada Mac dan Mei tahun lalu telah menyewa seekor ular tedung dari seorang pemilik ular tempatan untuk membunuh isterinya, Uthra.

Advertisement

Percubaan pertamanya pada Mac lepas bagaimanapun gagal apabila Uthra terselamat selepas digigit oleh salah seekor ular tersebut.

Namun, pada 6 Mei tahun lalu ketika Uthra sedang pulih daripada gigitan pertama, dia dipatuk buat kali kedua sehingga maut.

Foto: AFP

Polis mendakwa P.Sooraj telah membawa ular-ular tersebut yang kemudiannya menggigit isterinya selain mengemukanan bukti bahawa lelaki itu telah menjalankan kajian selama berbulan-bulan sebelum menghubungi pemilik ular untuk belajar memegang ular dengan selamat.

P. Sooraj juga turut didakwa memasukkan ubat tidur dalam minuman Uthra dan melepaskan ular-ular tersebut bagi memastikan ia menggigit isterinya, malah sanggup berjaga sepanjang malam untuk mengelak ular itu daripada menggigitnya.

“Dalam kejadian gigitan ular yang bersifat kemalangan, gigitan akan merebak sepanjang 1.7 hingga 1.8 sentimeter (sm) namun dalam kes Uthra, kesan itu adalah sepanjang 2.3 hingga 2.8 sm.

“Ia jelas menunjukkan bahawa tekanan telah diletakkan pada ular tersebut,” kata seorang pegawai penyiasat kepada akhbar Hindustan Times. – AGENSI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel