Connect with us

Global

Pendedahan Berani Mati Oleh Bekas Pegawai Polis China Bagaimana Etnik Uighur Diseksa

Seorang bekas pegawai polis China menerusi satu laporan telah menceritakan bagaimana dia memukul dan menyeksa semua tahanan etnik Uighur. Kekejaman itu dilakukan terhadap semua etnik Uighur yang ditahan oleh pihak berkuasa tidak kira lelaki mahupun wanita.

Menurut bekas pegawai polis China tersebut, tahanan Uighur yang ditahan itu telah dirotan pada punggung, dikenakan renjatan elektrik dan tahanan wanita diseksa sambil berbogel.

Daily Mail telah melaporkan bahawa bekas pegawai polis itu hanya mahu dikenali sebagai Jiang kerana risau sekiranya dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan China kerana lantang bersuara.

Jiang yang berusia 39 tahun itu merupakan anggota pasukan keselamatan pertama dari negara China yang berani mendedahkan perkara itu. Selain itu, dia juga menawarkan bukti bahawa sememangnya wujud aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk Uighur di Xinjiang.

Advertisement

“Semasa di dalam bilik tahanan, sekurang-kurangnya tiga pegawai polis akan menyeksa tahanan tersebut. sama ada menendang mahupun menumbuk mereka. Mereka juga ada menyebat tahanan mereka itu dengan menggunakan cemeti.” kata Jiang.

“Tali pinggang merupakan ‘alat’ yang paling ditakuti oleh tahanan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak tahan dipukul dengan tali pinggang. Malahan, ada juga tahanan yang mati dipukul.” tambahnya lagi.

Jiang juga berkongsi bahawa selepas dipukul, mata dan mulut tahanan akan bengkak sehingga mata mereka tidak boleh melihat. Bukan itu sahaja, darah juga akan memenuhi seluruh muka dan ada juga tahanan yang kehilangan mata mereka akibat dipukul.

“Dengan muka yang penuh luka dan darah mengalir, kami akan menyimbah tahanan dengan air untuk menyedarkan mereka dan seterusnya tidak membenarkan mereka tidur selama beberapa hari. Jika mereka tertidur, mereka akan dipukul dan dibawa ke hospital untuk merawat semua luka selepas beberapa hari ditahan.”ujar bekas pegawai polis itu.

Jiang juga memberitahu bahawa satu lagi seksaan yang paling ditakuti adalah renjatan elektrik pada alat kemaluan tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Advertisement

Semasa disoal siasat, tangan tahanan akan digari dan kemudian dihentak kuat beberapa kali sehingga ada kalangan mereka yang menangis tidak  mengeluarkan suara.

Disamping itu, Jiang juga memberitahu bahawa tahanan kanak-kanak seawal 14 tahun juga tidak terlepas daripada seksaan kejam pihak berkuasa China ini.

Terdapat juga pegawai keselamatan yang menggunakan tungkul untuk mematahkan kaki tahanan, tidak memberi makan dan menyimbah air sejuk ketika mereka sedang dibogelkan.

Menurut laporan tersebut, Jiang percaya bahawa dia telah melakukan tugas sebagai anggota polis yang sebenar. Perkara ini juga ditambah dengan beberapa propaganda kerajaan yang memberitahu bahawa tugas seorang polis adalah untuk memerangi pemberontakan pengganas, pemisah dam militan islam. Secara tidak langsung, propaganda tersebut telah menutup sikap kemanusiaan banyak anggota polis sehingga mereka sanggup menyeksa tahanan dengan cara yang tidak boleh digambarkan.

Jiang juga telah menunjukkan beberapa dokumen rasmi sulit, bahan polis dan gambar untuk menyokong keterangannya. Dokumen tersebut termasuklah arahan rasmi yang dikeluarkan pada akhir 2015 yang menyampaikan perintah daripada Presiden Xi Jinping kepada semua pasukan polis untuk memantau, menyoal siasat dan berkongsi maklumat mengenai penduduk Uighur. ‘Individu yang membimbangkan’ merupakan kod bagi penduduk Uighur yang digunakan oleh para pasukan polis.

Advertisement

Sementara itu, seorang penyelidik kanan berkaitan isu China di Human Rights Watch, Maya Wang memaklumkan bahawa pendedahan bekas pegawai polis itu telah menambah ‘koleksi testimoni mengerikan’ mengenai tahanan yang diseksa, saksi serta imej satelit pembangunan tahanan dalam skala besar-besaran sedia ada.

Sumber: Utusan Malaysia

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel