Connect with us

Global

Anak Bill Gates Dilapor Kahwin Dengan Pemuda Muslim

Anak perempuan pengasas Microsoft, Bill Gates iaitu Jennifer Gates baru-baru ini melangsungkan perkahwinan bersama suaminya, Nayel Nassar dalam majlis bercirikan Islamik, lapor The National News.

Kedua-dua pasangan mempelai itu meraikan hari bahagia mereka di rumah pengantin perempuan di North Salem, New York yang dikatakan berkeluasan sehingga 50 hektar luasnya.

Jennifer dilapor mengenakan gaun panjang berwarna putih yang direka khas oleh pereka fesyen, Vera Wang, sementara turut memakai veil panjang di kepala dan memegang bouquet putih.

Sementara itu suaminya, Nassar yang juga seorang Muslim pula tampil kemas dengan memakai sut tux yang turut diserikan dengan sekuntum bunga putih bagi dipadankan dengan bouquet Jennifer.

Advertisement
Gambar: Daily Mail

Difahamkan, majlis tertutup (dipercayai ‘pernikahan’) diadakan terlebih dahulu pada Jumaat malam, sebelum walimatul urusnya dilangsungkan pada Sabtu keesokannya dengan hanya menjemput 300 orang tetamu.

Dalam majlis itu, Jennifer diapit dengan sembilan orang pengapit perempuan, sementara kumpulan penyanyi Coldplay dan Harry Hudson turut diundang bagi menyerikan lagi suasana majlis.

Menurut laporan itu lagi, meskipun majlis anak jutawan ‘tauke’ Microsoft itu nampak ringkas, bagaimanapun kos perbelanjaannya dilapor mencecah sehingga RM8.3 juta.

Imbas kembali, Jennifer telah bertunang dengan Nasser yang pernah mewakili Mesir dalam acara lumba kuda pedestrian pada Olimpik Tokyo baru-baru ini ketika Januari lalu.

Gambar: Daily Mail

Sumber: The National News / Daily Mail

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel