Connect with us

Jenayah

CCTV Rakam Tiga Aksi Serentak, ‘Polis Kejar Pencuri’, ‘Bini Kejar Suami’ & ‘Anjing Kejar Kucing’ Di Tempat Sama!

Satu video melucukan yang memaparkan 3 kejadian kejar-mengejar dalam satu masa di satu tempat yang sama telah menjadi tular di media sosial.

Tiga kejadian yang dimaksudkan itu adalah, kejadian kucing dikejar anjing, suami dikejar isteri dan pencuri dikejar anggota polis.

Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram yang bernama @kamerapengawas.id.

Pada permulaan video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang duduk secara berseorangan di tepi jalan. Secara tiba-tiba, dia kelihatan seakan ketakutan dan terus berlari ke arah semak pada bahagian belakang.

Advertisement

Ketika dia sedang menghampiri kawasan semak tersebut, terdapat kelibat wanita dilihat keluar daripada semak berkenaan mengejar lelaki itu.

Kemudian, kelihatan kucing yang entah dari mana tiba-tiba dikejar oleh anjing secara sepintas lalu.

Ianya tidak terhenti disitu sahaja. Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki yang datang dari arah bawah kamera dilihat berlari dengan laju menuju ke seberang jalan.

Lelaki tersebut dilihat sebenarnya sedang dikejar oleh beberapa orang anggota polis. Lelaki berkenaan menurut kapsyen pada video Instagram yang dikongsikan itu didakwa sebagai pencuri.

Yang membuatkan video dan kejadian itu menjadi epik adalah, kesemuanya berlaku dalam satu masa yang sama di tempat yang sama.

Advertisement

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan mahu pun di mana lokasi kejadian itu berlaku. Namun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 7 ribu kali.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel