Connect with us

Terkini

“Marah pun masih doakan rezeki mereka…” – Halang Lalu Lintas, Polis Eskot Kena Sound Balik Dengan Peniaga Jeruk?

Trend menjaja makanan berhampiran lampu-lampu isyarat sekitar jalan raya bukanlah perkara baru. Malah, sejak pandemik melanda dunia semakin ramai yang mencari rezeki dengan cara sedemikian demi meneruskan kelangsungkan hidup. Bermula dengan jeruk mangga RM10, kini juga ada yang menjual air minuman dan pelbagai juadah lagi.

Walaupun begitu ianya merupakan satu kesalahan, Polis boleh mengenakan tindakan saman terhadap penjual jalanan dan pembeli di lampu isyarat. Penjual dan pembeli yang dikenakan saman boleh dihadapkan ke mahkamah dan didenda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Peniaga jeruk tiba-tiba muncul dari deretan kereta ketika anggota polis eskot sedang buka laluan..

Namun di sebalik kegigihan mereka mencari rezeki, aktiviti jualan ini sebenarnya sangat berisiko dan mengancam keselamatan ramai pihak. Samalah seperti kejadian yang dilalui oleh seorang anggota polis trafik eskot ketika menjalankan tugasnya baru-baru ini. Tatkala dia sedang ‘membuka laluan’ di sebuah persimpangan lampu isyarat, tak semena-mena muncul kelibat seorang peniaga jeruk.

Siap marah balik bila disuruh ke tepi…boleh terancam kalau ada pemandu yang panik masa itu

Rentetan itu, polis eskot yang dikenali sebagai Hafifi Kadray ini bertindak memarahinya kerana menghalang lalu lintas. Meskipun bergegas lari ke kawasan rumput, namun penjual berkenaan dilihat membalas semula kemarahan terhadapnya. Menerusi paparan video itu, Hafifi menjelaskan bahawa keselamatan lelaki tersebut boleh terancam jika ada pemandu yang panik dalam situasi tersebut selain mendoakan urusan perniagannya dipermudahkan.

Advertisement
@jeh_salok_ute_kesian abe jual jeruk.. niat nok tlg last skali kna maroh sbb benda membahayakan nyawo… 😁♬ bunyi asal – Jeh Salok Ute 02

Marah pun masih doakan rezeki mereka…’Steady’ la bang, salah tetap salah

Meskipun teguran itu kedengaran agak tegas, namun rata-rata netizen setuju dengan polis eskot berkenaan. Ujar mereka, tindakan menghalang peniaga yang degil ini sebenarnya bersifat ‘menyayangi’ mereka daripada terbabit dalam sebarang kecelakaan.

 

Sumber: TikTok jeh_salok_ute_

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel