Connect with us

Terkini

‘Aplikasi Dinantikan Kaum Wanita, Namun Mengundang Resah Pada Kaum Lelaki’ – Boleh Pantau Aktiviti Pasangan, Semakin Ramai Download ‘Apps Life360’

Bila semuanya di hujung jari, apa-apa pun boleh dicapai. Setiap inci pergerakan anda dapat dikesan walaupun anda ke tempat rahsia. Aplikasi Life360 dicipta untuk anda memantau dan mengetahui posisi atau lokasi terakhir sesiapa sahaja yang anda masukkan di dalam senarai anda.

Lokasi terkini dapat dipantau melalui Google Map yang lengkap dengan jalan, nama lokasi dan jarak dari tempat anda berada. Aplikasi ini sememangnya dinantikan oleh kaum wanita terutamanya, namun mengundang resah pada kaum lelaki.

Tetapi adakah perlu aplikasi ini sebagai keperluan? Persoalannya adakah aplikasi ini perlu dimuat turun semata-mata untuk keselamatan pasangan atau curiga terhadap pasangan?

Status Facebook Keknis atau Hanis Fauzi berkenaan aplikasi ini mendapat beribu perkongsian. Berikut merupakan cara-cara untuk memuat turun aplikasi ini.

Advertisement

HAI korang, hari ini saya nak kongsi satu aplikasi ni nama Life360. Untuk pengguna iPhone dan Android. Korang boleh cuba search. Yang belum tahu bolehlah cuba.

Hidup ini mudah, walaupun kita tahu pasangan pergi mana tapi tak salah kalau kita nak periksa pasangan berada di mana. Kadang-kadang kita resah gelisah bila kita call tak angkat, WhatsApp tak dibalas. Sekurang-kurangnya sesuatu yang buruk berlaku kita tahu, lokasi terakhir  dia dekat mana selagi handphone dia ada bateri, internet dan sentiasa mengaktifkan lokasi untuk aplikasi ini.

Setakat ini, aplikasi ini amat berguna untuk saya. Saya akan dapat notifikasi suami keluar rumah dan sampai tempat kerja pukul berapa. Dia keluar dari tempat kerja pun dapat notifikasi juga. Jadi  suami pergi mana pun kita akan tahu lokasi dia. Siap boleh zoom in lokasi dia, lorong berapa, jalan apa.

Syarat nak guna apps ini dekat handphone dia dan handphone kita kena memuat naik aplikasi ini.  Selepas itu create circle, invite member dan akan dapat satu kata laluan, masukkan kata laluan itu barulah dapat digunakan.

Sekarang suami tahu saya pergi mana, berada dekat mana, kelajuan kereta berapa dan bateri telefon bimbit tinggal berapa peratus. Jadi sama-sama setuju untuk guna, tak perlu ada rahsia. Bukan kita pergi tempat mengarut, kan?

Jadi untuk big family memang suggest sangat guna, boleh tahu anak-anak pergi mana kalau tak balik rumah. Kalau nak stalk senyap-senyap itu boleh install dan hide apps itu dalam folder.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel