Connect with us

Kemalangan

Lori Langgar 10 Buah Kereta ‘Parking’ Ditepi Jalan, Tiada Tuntutan Ganti Rugi Boleh Dibuat

Tular sebuah video memaparkan sebuah lori yang melanggar lebih dari 10 buah kereta berjaya dirakam sebuah Televisyen Litar Tertutup (CCTV).

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, pelanggaran itu telah menyebabkan kerosakan seperti calar yang teruk serta cermin sisi yang hampir tertanggal.

Selain itu, terdapat juga individu yang merakam keadaan seluruh kereta di jalan di Kompleks E, Putrajaya yang jelas dilihat kerosakan yang dialami semua kenderaan yang meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Polis berjaya kesan pemandu lori

Berhubung dengan kejadian itu, polis telah memaklumkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam melanggar 10 buah kereta itu sudah berjaya dikesan.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz, pemandu tersebut akan hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”

Pada masa yang sama, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, lokasi kejadian itu telah dizonkan sebagai kawasan yang tidak membenarkan sebarang masyarakat untuk parkir di lokasi tersebut.

Mengenai tuntutan ganti rugi, mangsa bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang tuntutan kerana mereka telah parkir di kawasan yang dilarang.

Advertisement

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir.”

Selain itu, pihaknya juga diberitahu bahawa polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan. Jika berdegil, saman akan dikeluarkan kepada mereka.

Sumber: Kosmo!

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel