Connect with us

Kemalangan

Tunggang Basikal Secara Solo Undang Tragedi, Kru Astro Maut Terlibat Kemalangan Dengan Kereta

Seorang kru stesen televisyen dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan sebuah kereta ketika berbasikal di Cyberjaya, pagi tadi.

Memetik Harian Metro, kejadian tersebut tular di media sosial selepas dikongsi daripada Facebook Cyberjaya Community dimana mangsa dikenali sebagai Jeffry Aziz.

Mangsa yang berusia 57 tahun yang juga pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB) itu dilaporkan menunggang basikal sendirian dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement

Berdasarkan gambar tular, basikal digunakan mangsa mengalami kerosakan teruk pada tayar bahagian belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Dilaman Facebook, ramai kenalan mengakui terkejut selepas mendapat tahu mengenai berita pemergian mangsa dengan memuat naik posting mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Advertisement

Selain itu, Allahyarham juga dipercayai kerap membuat perkongsian posting mengenai basikal miliknya di group ‘Trek Fans’ sejak beberapa hari lalu.

Basikal baru saya

Menunggang secara solo waktu pagi

‘Have a rest buddy’

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian terbabit namun pihaknya tidak mahu mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.

Sumber: Harian Metro (Samadi Ahmad) , Facebook

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel