Connect with us

Terkini

Berdesup Lari Sanggup Tinggalkan Isteri

Seorang lelaki warga Indonesia bertindak nekad meninggalkan isterinya untuk melarikan diri selepas ditahan pihak berkuasa ketika pemeriksaan Operasi Bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, cubaan lelaki berusia 30 tahun itu gagal apabila dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika dia berlari sejauh 200 meter dari lokasi, lapor Harian Metro.

Difahamkan, pada mulanya, lelaki berkenaan yang menaiki motosikal Honda Vario bersama isterinya yang juga warga Indonesia berusia 33 tahun.

Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Segambut, sebelum ditahan untuk pemeriksaan di laluan motosikal.

Advertisement

Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit yang juga pekerja kontrak memaklumkan mahu membuat panggilan telefon. Namun, dia kemudian dilihat terus berlari ke tengah jalan dan meninggalkan isterinya di lokasi berkenaan untuk meloloskan diri.

Semakan dilakukan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu, malah, dia dan isterinya juga tidak mempunyai pasport yang didakwa ditinggalkan di rumah.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Bernama melalui laman Twitter rasmi sambil memaparkan rakaman dipercayai pada plaza tol berkenaan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel