Connect with us

Jenayah

Wanita Dalam Proses Bercerai Parah Ditikam Suami

Seorang wanita yang dalam proses bercerai, cedera parah selepas ditikam suaminya menggunakan senjata tajam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa ditikam beberapa kali di bahagian belakang badan selain cedera di kepala dan leher.

Beliau berkata, mangsa berusia 35 tahun yang dalam proses bercerai dan tinggal berasingan sebelum itu memberitahu ibunya hendak menemui suaminya di lokasi berkenaan.

“Tidak lama kemudian ibu mangsa menerima panggilan daripada orang awam mengatakan anak perempuannya di tikam menggunakan objek tajam dan mengalami kecederaan teruk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Katanya, mangsa ditemui orang awam berlumuran darah di belakang gereja dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Usaha mengesan suspek yang berusia 35 tahun dan beralamat di Kampung Apar Singai, Bau, sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Sumber: BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel