Connect with us

Terkini

Arab Saudi Tak Benarkan Air Zam Zam Dibawa Pulang Ke Malaysia?

Jika sebelum ini, umat Islam yang berpeluang ke tanah haram Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji pastinya akan membawa pulang ole-ole berupa air zam-zam sebagai tanda mata buat saudara-mara di tanah air.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan jemaah haji atau umrah untuk membawa balik air zam-zam dalam jumlah yang banyak namun hanya sekadar lima liter bagi setiap jemaah secara percuma.

Terbaru, sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama Masjid Besi memaklumkan bahawa jemaah kini tidak lagi dibenarkan untuk membawa pulang air zam-zam terutama jika mereka terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.

Kepada para mutawif, nak beritahu..untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.

Advertisement

Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidakada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan perasaan kecewa berikutan peraturan terbaru yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Mereka juga menzahirkan rasa sedih terutamanya bagi mereka yang belum berpeluang pergi ke Kota Suci itu. Walau bagaimanapun ada yang bersangka baik bahawa larangan tersebut adalah salah satu langkah yang diambil untuk membanteras penjualan air zam-zam dengan harga yang sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, menerusi Utusan Malaysia, pihak Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris memaklumkan bahawa berkemungkinan larangan tersebut hanya sementara  berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.

Hal ini susulan tularnya video berkenaan larangan membawa pulang air zam-zam yang dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Advertisement
“Bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap larangan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Sumber: TikTok @masjidbesi

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel