Connect with us

Global

Pesawat Dari Israel Pertama Kali Mendarat Di Arab Saudi, ‘Turun’ Di Riyadh

Sebuah pesawat peribadi dari Israel dilapor mendarat di Riyadh, Arab Saudi pada pagi Selasa yang lalu, lapor KAN news.

Difahamkan bahawa ianya adalah kali pertama pesawat daripada Israel mendarat di tanah Arab Saudi.

Perkhabaran itu muncul sehari selepas pesawat pertama daripada Arab Saudi berjaya mendarat di Israel. Pesawat tersebut adalah pesawat Emirati 737 Royal Jet yang mendarat di lapangan terbang Ben-Gurion pada Isnin petang.

Perkara yang membabitkan hubungan serantau diantara Arab Saudi dan Israel ini difahamkan adalah antara yang terbaru terjadi sejak Israel membuat perjanjian untuk menjalinkan hubungan baik dengan empat negara Islam iaitu UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan sejak perjanjian Abraham 2020 dimeterai.

Advertisement

Walaupun masih tiada penerbangan komersial diantara Arab Saudi dan Israel, kerana kedua-dua negara tidak menjalinkan ikatan, penerbangan itu merupakan kemajuan besar dalam hubungan Saudi-Israel, kerana kedua-dua negara akhirnya membuka ruang udara mereka antara satu sama lain bermula tahun lalu.

Dikelilingi dengan negara-negara yang pernah berperang dengan Israel pada masa lalu, perjalanan udara bebas bukanlah sesuatu yang dipandang remeh di Israel.

Seiring dengan normalisasi 2020 hubungan bersama Bahrain, Sudan, Maghribi dan UAE, ruang udara Israel dibuka, begitu juga dengan pengumuman penerbangan terus ke Dubai, Maghribi dan Bahrain.

Sebelum pembukaan ruang udara Arab Saudi, pesawat El Al terpaksa mengikuti laluan yang jauh dan berliku untuk ke Mumbai bagi mengelakkan dari masuk ke ruang udara Arab Saudi. Perjalanan itu menambah kira-kira dua jam perjalanan dari Tel Aviv.

Antara negara-negara yang masih melarang pesawat Israel melakukan penerbangan terus atau melalui ruang udara mereka adalah Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Brunei, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Syria, Tunisia dan Yaman.

Advertisement

Sumber: The Jerusalem Post

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel