Connect with us

Mahkamah

Model Sambilan Pandu Lawan Arus Hingga Sebabkan Kematian Kekal Dihukum Penjara Lima Tahun

Butterworth: Mahkamah Tinggi di sini, mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 terhadap model sambilan wanita yang memandu secara lawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik dalam kemalangan, empat tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Ahmad Amirudin Abd Rahman ketika perayu, Ng Pei Ven, 23, membuat rayuan berhubung hukuman dihadapinya hari ini.

Ahmad Amirudin menolak rayuan dikemukakan perayu berikutan pihak pendakwaan dapat membuktikan setiap intipati pertuduhan bahawa tertuduh yang memandu kereta Proton Gen2 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli.

Rayuan itu turut ditolak selepas pihak pendakwaan juga mengesahkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam terhadap perayu sebelum ini adalah mengikut undang-undang dan tidak melampau.

Advertisement

Ia berikutan, kesalahan yang dilakukan perayu sangat serius kerana memandu secara melawan arus yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan itu selepas memikirkan kepentingan awam dan hukuman yang dikenakan adalah berbentuk ‘literal’ iaitu dapat mencegah perayu dan orang awam lain, selain memberi pengajaran terhadap perayu.

Selain hukuman penjara dan denda dikekalkan, Ahmad Amirudin turut mengekalkan keputusan membatalkan lesen memandu percubaan perayu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainy Suhailah Yunus, manakala tertuduh diwakili Cheah Eng Soon.

Pei Ven kemudiannya dihantar ke Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal bagi menjalani hukuman penjara bermula hari ini selepas bapanya selesai membuat bayaran denda.

Advertisement

Pada Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM7,000 menjadi RM12,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Pada 24 Mac 2017, gadis itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi di Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Dalam kejadian itu, mangsa maut selepas kereta Perodua Kelisa dipandunya bertembung dengan kenderaan Pei Ven yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 134, dekat Permatang Pauh.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel