Connect with us

Viral

Sempat ‘Post’ Foto Di Padang, Lelaki Rebah Masa Main Bola Sebelum Meninggal

Tular di media sosial pemergian seorang ejen takaful, Mohd Firdaus Zainor Abidin yang dikatakan rebah ketika bermain bola sepak sebelum meninggal dunia petang Jumaat mengundang sebak ahli keluarga serta rakan-rakan di media sosial.

Difahamkan, arwah yang sememangnya aktif bersukan sempat memuat naik satu posting di laman Facebook memaparkan foto dirinya berada di sebuah padang bola.

“Lama tak bersukan ni.. Kita tengok berapa minit boleh tahan?,” tulis status terakhir Allahyarham sehingga dikongsi sebanyak 111 kali.

Ramai kenalan arwah menitipkan ucapan takziah menerusi Facebook kepada ahli keluarga arwah selain mendoakan roh semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh.

Advertisement

Rebah tengah padang masa main bola..

Advertisement

Berita duka itu turut menjadi bualan di laman Twitter dimana seorang individu bernama @MomoAyumi_ menasihati orang ramai agar peka dengan kondisi badan dan tahap kesihatan sebelum melakukan senaman.

@MomoAyumi_ berkata, setiap orang perlu memulakan senaman ringan seperti ‘berjalan laju’ terlebih dahulu sekiranya sudah lama tidak melakukan aktiviti sukan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi seperti hasil pemeriksaan pihak hospital berhubung pemergian Allahyarham Mohd Firdaus. Salam takziah diucapkan!

Advertisement

Sumber: Facebook Firdaus Zainor , Twitter @MomoAyumi_

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel