Connect with us

Global

Lelaki Kena Halau Keluar Dari Bilik Mahkamah Kerana Kerap Mengiau Seperti Kucing

BUENOS AIRES: Seorang lelaki berusia 40 tahun dihalau keluar dari sebuah bilik mahkamah kerana kerap mengeluarkan bunyi mengiau seperti kucing ketika diminta menjawab soalan pada sesi perbicaraan.

Suspek kes pembunuhan itu mendapat jolokan catman atas perbuatannya.

Lapor Middle East Monitor, Nicolas Gil Pereg dihalau keluar selepas mengeluarkan bunyi mengiau sebanyak 55 kali semasa sesi perbicaraan pada Selasa lalu.

Pereg, seorang warga Israel didakwa membunuh ibunya, Pyrhia Saroussy, 63, dan ibu saudara, Lily Pereg, 54, di Guaymallen, Argentina apabila mereka datang melawat lelaki itu pada 2019.

Advertisement

Pereg didakwa menyembunyikan mayat mangsa di bilik bawah tanah rumahnya.

Dilaporkan, polis mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menemukan mayat mangsa.

Pencarian itu bermula selepas suspek membuat laporan polis mengenai kehilangan dua ahli keluarganya dan mendakwa mereka mungkin sudah merentas sempadan ke Chile.

Terdahulu, Hakim Laura Guajardo memberi amaran kepada Pereg untuk menghentikan kelakuan buruknya.

Selain mengiau seperti kucing, suspek itu dilaporkan pernah menanggalkan pakaiannya dan membuang air kencing di hadapan hakim pada sesi perbicaraan sebelum ini.

Advertisement

Pereg yang menggunakan nama keluarga Flora Reltih, anagram dari Adolf Hitler, meminta hakim sama ada dia boleh membawa kucing peliharaannya ke hospital sakit jiwa, tempat suspek itu ditahan.

“Saya meminta para juri supaya tidak tertipu dengan muslihat lelaki ini,” kata pendakwa raya, Fernando Guzzo yang membantah dakwaan Pereg kononnya tidak sihat secara mental untuk dibicarakan. – AGENSI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel