Connect with us

Kemalangan

Hasrat Cucu Bawa Datuk & Nenek Ambil Ubat Tak Kesampaian, 3 Beranak Maut Kemalangan

Hasrat seorang cucu membawa datuk dan neneknya bagi mengambil ubat di sebuah klinik bertukar tragedi apabila Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir Kampung Pinggir, Kluang pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, pemandu Izzah Shahirah Sahri, 22, datuk Md. Salleh Kosran, 75 serta neneknya, Miskina Naining, 70, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tujuh anggota Pasukan Keluar Operasi (PKO) bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mendapati benar berlaku kemalangan…

“…melibatkan Perodua Alza dan lori pasir tanpa muatan,” kata Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor.

Advertisement

Menerusi tinjauan di laman Facebook, abang Izzah Shahirah iaitu Muhamad Rahmat memaklumkan mengenai berita duka itu selain memohon orang ramai agar sedekahkan al-Fatihah buat tiga beranak berkenaan.

“Mintak jasa kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah buat adik saya Izzah Syahirah, datuk Md Saleh Kosran & nenek Miskinah Naiming telah pergi mengadap Ilahi pagi tadi, kemalangan di Simpang Renggam,” tulisnya.

Beberapa ahli keluarga serta kenalan Izzah Shahirah turut memuat naik posting mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Advertisement

Difahamkan, pemandu lori yang berusia 52 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima kehilangan ketiga-tiga insan tersayang.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel