Connect with us

Jenayah

Penganggur Pukul, Tanam Mayat Teman Wanita Di Tepi Sungai

Akibat cemburu dengan teman wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki berada dalam status orang pengawasan polis (OPP) kerana disyaki membunuh serta menanam teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Anuar Othman, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan seorang penganggur selepas penemuan rangka wanita yang dibungkus dalam kain pada Rabu lalu.

Ujarnya lagi, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 34 tahun itu mengaku bergaduh serta memukul mangsa sehingga menyebabkan wanita berusia 31 tahun itu mati ketika mereka berada di sebuah rumah.

“Dia kemudian membawa polis ke lokasi mangsa ditanam dan dipercayai telah meninggal sejak dua minggu lalu.”

Advertisement

“Mayatnya dijumpai memandangkan bahagian tubuh badan hingga paras pinggang termasuk bahagian kepala yang ditanam bersama bungkusan kain itu ditemui dalam keadaan mereput sepenuhnya.”

Motif kejadian dipercayai cemburu kerana kekasihnya itu mempunyai hubungan dengan orang lain sehingga menyebabkan mereka bergaduh.

Dalam pada itu, bedah siasat telah dijalankan terhadap mayat wanita berkenaan, namun gagal mengenal pasti punca kematian

Walau bagaimanapun, suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dari 1 November 2021 hingga 6 November 2021 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek juga turut melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 kerana masih berstatus orang pengawasan polis (OPP).

Advertisement

Sumber : MalaysiaKiniHarian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel