Connect with us

Viral

‘Kontrak sewaan ditamatkan, suspek lelaki punyai rekod jenayah lampau’ – PPRA

Perbadanan Pengurusan Residensi Awani (PPRA) semalam mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan, pasangan suami isteri yang bertengkar dengan pengawal keselamatan mereka pada 27 Oktober lalu, telah diberi notis amaran.

Menurut kenyataan itu, tindakan pasangan terbabit telah menganggu pengawal keselamatan dengan dakwaan tidak menjaga anak perempuan mereka berusia tiga tahun, telah diberikan notis amaran. Notis yang sama turut diberi kepada pemilik rumah sewa berkenaan.

“Pihak pengurusan telah mengemukakan Notis Amaran kepada pemilik dan penyewa tersebut. Kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut turut ditamatkan awal oleh pemilik unit dan pihak kami menerima makluman bahawa mereka di dalam proses untuk berpindah keluar,” kata kenyataan itu.

PPRA turut memaklumkan, pihak polis telah mengeluarkan waran terhadap suspek lelaki pada 3 November 2021 berikutan semakan rekod mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan sepert kes curi dna kes jenayah lampau.

Advertisement

“Hasil siasatan awal mendapati, pasangan penyewa tersebut sering berpindah bagi mengelak diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak sekuriti serta pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya dibawa keluar sekitar jam 7 malam (3 November 2021) ke IPD bagi tindakan reman,” katanya.

Rabu lalu, tular di media sosial video yang menunjukkan pasangan terbabit bertengkar dengan dua pengawal keselamatan bangunan kediaman itu. Pasangan itu bengang, pengawal keselamatan yang diamanahkan untuk menjaga anak mereka bertindak meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian semasa pergi melakukan rondaan.

Di Twitter, ibu kanak-kanak terbabit tampil memberi penjelasan dan menegaskan bahawa adalah tanggungjawab pihak pengawal keselamatan untuk menjaga anaknya dengan alasan pada ketika itu, dia dan suaminya berada dalam keadaan kecemasan.

Sumber: Perbadanan Pengurusan Residensi Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel