Connect with us

Terkini

Pemandu Van Langgar Murid Tahun Satu Ditahan Polis

Tular di media sosial rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van.

Kejadian yang berlaku di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang menyebabkan murid Tahun Satu itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pemandu wanita berusia 31 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut. Tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Mengulas lanjut, Azman berkata, kejadian didapati berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari selepas pemandu selesai menurunkan penumpang.

“Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melanggar salah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika mangsa sedang melintas di hadapan van terbabit.”

Advertisement

Jelasnya lagi, sebelum kejadian, pemandu van mengambil mangsa dari sebuah sekolah berhampiran untuk di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA.

Mangsa yang dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang.

Terdahulu, rakaman berdurasi satu minit 26 saat yang tular di media sosial telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

Rata-rata meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pemandu yang mengabaikan aspek keselamatan murid apabila membiarkannya melintas jalan seorang diri.

Salam takziah diucapkan buat keluarga allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.

Advertisement

Baca: Murid Tahun Satu Maut Dilanggar Van Sekolah

Sumber: Kosmo!

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel