Connect with us

Politik

“Saya Ada Jiwa Rakyat” – Akui Agak Celupar, YB Viral Dakwa Telah Banyak Bantu Selesai Masalah Penduduk

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, sebelum ini mengesahkan bakal bersaing atas tiket bebas untuk mempertahankan kerusi disandangnya itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Dalam pertandingan sekurang-kurang lima penjuru bagi kerusi DUN terbabit, Norhizam dilapor berkata, beliau mahu membuktikan berupaya mengulangi kemenangan diraih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun dirinya akan membawa cabaran sebagai calon Bebas.

Terkini menerusi laporan Harian Metro, Norhizam berkata walaupun tiada Ir iaitu Insinyur kelayakan sebagai jurutera, tetapi beliau memiliki Jr iaitu Jiwa Rakyat dan telah banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat.

“Mereka baru menabur janji, saya sudah lama menabur bakti”, itu prinsip yang dipegang calon Bebas Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang juga penyandang di kawasan itu.

Advertisement

Menurutnya moto itu sudah pun diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai sebagai wakil rakyat kawasan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk setempat.

“Saya mungkin agak celupar, tetapi daripada masalah longkang sampai ke sebesar-besar masalah, Insya-Allah saya akan selesaikan.

“Saya takde Ir (Insinyur kelayakan sebagai jurutera), tapi saya ada Jr (Jiwa Rakyat), itu kita kena ada sebagai wakil rakyat, Insya-Allah rakyat akan menilainya, jika terus diberi mandat saya akan teruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat iaitu membantu penduduk selesaikan pelbagai masalah,” katanya ketika ditemui Bernama di Pantai Peringgit di sini.

Terkenal dengan jolokan ‘YB Viral’, anak jati Pengkalan Batu berusia 56 tahun ini berkata masalah perparitan yang menyebabkan banjir dan masalah anak muda yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 akan menjadi antara perhatian utama jika beliau terus diberikan amanah sebagai wakil rakyat.

Tidak gentar dengan empat lagi saingannya, Norhizam yang menggunakan logo kunci pada pertandingan kali ini, mempertaruhkan prestasinya untuk dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Advertisement

Norhizam yakin dirinya akan mencipta sejarah sebagai calon Bebas dengan mempertahankan kerusi Pengkalan Batu sambil menegaskan persepsi wakil rakyat Bebas tidak boleh buat kerja di kawasan, perlu ditangkis.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menyokong gabungan tertentu bagi membentuk kerajaan negeri demi terus memberikan perkhidmatan terbaiknya kepada pengundi.

“Saya tidak boleh fikirkan diri sendiri dalam soal ini, saya akan melihat tawaran yang dipelawa kepada saya, dan pastinya ia bersyarat. Tidak kira gabungan mana pun, jangan buat perangai lama, itu syarat saya,” katanya yang akan memikirkan tentang sebarang tawaran, hanya jika beliau sah menang selepas hari pengundian nanti.

Menyentuh mengenai sentimen pengkhianat dan gelaran ‘katak’ kepadanya, Norhizam membidas kenyataan tersebut sambil menyatakan perkara itu dibuat kerana tidak mahu terus melihat kerajaan negeri melakukan penyelewengan yang disifatkannya sebagai kemungkaran.

“Saya nak perbetulkan sentimen terhadap saya, saya bukan pengkhianat, bukan katak tetapi saya penyelamat, jika saya dan tiga lagi tidak berbuat demikian, maka kita akan terus melihat perkara tidak betul dalam kerajaan, parti tidak salah, yang salah pemimpinnya, kalau ada siapa yang kata katak tu, datang jumpa saya, saya ‘sekolahkan’ dia,” katanya.

Advertisement

Meninjau di ruangan Facebooknya ‘Aku YB Ke Kau YB? Norhizam berkata, selain semua kerja-kerja di kawasannya direkodkan di laman itu, ia juga menjadi saluran untuk beliau mengambil maklum segala aduan masyarakat selain bertemu secara fizikal.

Beliau berkata pendekatannya di dalam sidang Dun mungkin dilihat kasar, tetapi beliau berkata karektor itu adalah sifat semula jadinya dan menegaskan ia penting untuk beliau membawa suara rakyat menerusi persidangan Dun.

“Saya bukan berlakon, itu memang diri saya. Dalam dewan saya memang lawan, tetapi di luar dewan saya kawan, bersama penduduk saya lebih selesa berlembut, mak cik pun boleh menangis dengan saya, sebolehnya saya tidak mahu meletakkan sempadan dengan masyarakat, saya mahu kekal menjadi wakil rakyat yang mudah didekati,” katanya.

Norhizam yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka ‘menawan’ kerusi Pengkalan Batu di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 2,756 dan dilantik sebagai Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan Negeri.

Beliau kemudian keluar dari DAP dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih kerajaan PH di Melaka pada Mac 2020 dengan mengekalkan portfolio yang sama atas tiket Bebas.

Advertisement

Bagaimanapun pada Oktober lepas, Norhizam bersama-sama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap BN menyebabkan DUN Melaka terbubar dan PRN terpaksa diadakan, 20 November ini.

Bulan lalu, media melaporkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau; memutuskan bahawa Norhizam tidak akan dicalonkan mewakili gabungan itu pada PRN Melaka kali ini.

PRN Melaka menyaksikan 112 calon bertanding dengan 22 calon Bebas termasuk Norhizam di samping 28 calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), PN dan PH, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima) serta Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu).

Sumber: Harian Metro

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel