Connect with us

Sukan

“Well done! Kalau Nak Diet Hubungi, Saya Ajar” – TMJ Hubungi Terus Menteri Besar Berkenaan Gaji Pemain Kedah

Isu tunggakan gaji bukanlah perkara yang boleh diambil ringan! Disebabkan itu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berkompromi dengan mana-mana kelab yang tidak membayar gaji pemain mereka.

Bagaimanapun, TMJ berasa gembira dengan pengurusan kelab Kedah yang berjaya selesaikan tunggakan dua bulan gaji pemain. TMJ menganggap Kedah sebagai lawan terkuat dan kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada hari Khamis ini.

“All the best Kedah, Alhamdulillah dah dapat gaji. Harap semua pemain OK. Good luck dan Insya-Allah perlawanan terbaik. – Tulis TMJ di Instagram.”

TMJ turut menunjukkan perbualannya dengan Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan Kedah yang memaklumkan semua pemain telah menerima gaji.

Advertisement

“Next, Perak FC and Sarawak FC”

Dalam pada itu TMJ turut menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Nor bagi mengesahkan berita diterimanya.

Dalam pada itu TMJ turut menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Nor bagi mengesahkan berita diterimanya.

“Salam Dato. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done. Jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet hubungi, saya ajar.”– Kata TMJ.

Dalam ketegasan sempat lagi TMJ bergurau. Apapun diharapkan apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran kepada kelab lain.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel