Connect with us

Hiburan

Bandi Amuk ‘’Janji’ Buka Topeng Jika Berjaya Mara Ke Final GV8?

Penyanyi rock, Bandi Amuk merupakan lagenda ‘suara emas’ yang sering menghiburkan peminat tanah air pada tahun 90-an dengan persembahannya yang penuh syahdu.

Penyanyi berusia 57 tahun itu juga merupakan salah seorang peserta dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ke-8 yang berkemungkinan merupakan pentas terakhirnya dalam program nyanyian.

Semalam, Bandi Amuk telah berjaya mempamerkan persembahan yang memukau dengan membawa lagu Akar dan Bumi sehingga mencapai markah setinggi 71.00% sekaligus menduduki tangga ke-3 daripada 13 peserta.

Topeng dan Bandi Amuk? Ia seakan-akan sebati dengan penampilan penyanyi tersebut sejak pertama kali menyertai industri muzik sehingga dikenali dengan imej tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, Bandi secara terus terang memberitahu dirinya kemungkinan tidak akan lagi mengenakan topeng keramatnya itu walaupun sudah 23 tahun berlalu.

Perkara itu diungkapkannya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas tamat program GV8 minggu pertama semalam.

Selain itu, dia sebelum ini mengakui pernah membuka topeng, namun tidak secara live di atas pentas mahupun di program-program nyanyian sebelum ini.

“Bukan berjanji, tetapi InsyaAllah, seandainya saya berjaya mara ke peringkat akhir atau berada di tangga teratas dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), kemungkinan saya akan buka topeng.”

“Sebenarnya, ada yang pernah tahu siapa saya. Sebelum ini pun pernah buka topeng, cuma tidak untuk program-program siaran langsung atau depan umum.”

Advertisement

Dalam pada itu, dia juga turut mendedahkan dirinya sebelum ini pernah ditolak dalam menerima beberapa tawaran oleh kerana imejnya yang bertopeng.

Bagi menyelamatkan kariernya, dia mengakui sudah tiba masanya untuk melepaskan topeng demi membuka lebih banyak peluang lain dalam bidang seni.

“Disebabkan topeng, ada banyak perkara yang membuatkan saya terpaksa tolak. Ada orang pernah hadir dengan tawaran berlakon buat drama, teater sebelum ini.”

“Sebab itulah, rasanya, dengan usia sekarang, sudah tiba masanya untuk saya buka topeng ini. Bukan sebab sudah penat, tetapi ini demi membuka lebih banyak peluang lain dalam bidang seni ini untuk saya.”

Bagaimanapun, dia secara peribadi mengakui amat menyayangi karakter bertopeng miliknya, namun demi membuka lebih banyak tawaran, dia perlu bersikap lebih realistik.

Advertisement
@eddy_baharBalas kepada @man…132 ##gegarvaganza8 ##gegarvaganza2021 ##bandiamukgv8 ##bandiamuk ##foryou ##fyp ##akardanbumi

♬ bunyi asal – EddyBahar

Kredit: Utusan Malaysia I TikTok Eddy_Bahar

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel